Akaun mohdshahdolah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Perunding Hartanah Berdaftar Mohd Shah Dolah - PEA 3211 - Landsworth Properties Sdn Bhd E(1)1959.

PEMILIK HARTANAH! ANDA PERLUKAN SEORANG PERUNDING HARTANAH YANG TERLATIH, BERPENGALAMAN, FOKUS & DAN BOLEH DIPERCAYAI UNTUK MEMBANTU ANDA


PENGENALAN

Nama saya Mohd Shah Dolah . Saya merupakan Perunding Hartanah  berdaftar dengan Lembaga, Penilai, Pentaksir dan  Ejen Hartanah  Malaysia (LPPEH). No pendaftaran saya di Lembaga Penilai ialah PEA 3211. Saya merupakan salah seorang  Perunding Hartanah di bawah pengurusan agensi Landsworth Properties Sdn Bhd yang juga berdaftar dengan LPPEH dengan menggunakan no pendaftaran E(1)1959. Saya telah terlibat di dalam industri hartanah ini semenjak dari tahun 2016 dan pekerjaan ini saya lakukan secara sepenuh masa, fokus, tekun dan dengan minat yang mendalam. Buat masa ini fokus aktiviti saya tertumpu di kawasan Sentul, Kuala Lumpur. 


MATLAMAT SAYA

  1. Membantu para pemilik hartanah untuk menjual , menyewakan atau memajak hartanah mereka.
  2. Mendapatkan prospek pembeli, penyewa atau pemajak yang bermotivasi tinggi , tulen , berkelayakan dari segi kewangan dan berkualiti tinggi .
  3. Membantu para pemilik hartanah untuk mendapatkan prospek pembeli, penyewa atau pemajak dalam masa yang singkat .
  4. Membantu para pemilik hartanah untuk mendapatkan nilai jualan atau sewaan yang tertinggi dan optimum tanpa merugikan mereka.
  5. Sentiasa telus dalam mengendalikan proses jualan, sewaan & pajakan untuk memastikan tatakelola yang baik dan adil bagi semua pihak yang terlibat.

MASALAH DI DALAM TRANSAKSI HARTANAH

Masalah ekonomi semasa terutamanya selepas pembukaan semula pasaran yang telah ditutup selama hampir 2 tahun menyebabkan berlaku banyak masalah dari segi kadar peningkatan pengangguran, penutupan banyak syarikat-syarikat swasta (SME) dan peningkatan masalah kewangan menyebabkan pasaran hartanah berada di dalam zaman kelembapan. Ini menyebabkan ramai pemilik hartanah berhadapan dengan masalah untuk menjual hartanah mereka. Kesan ini lebih buruk sekirannya penjualan hartanah yang gagal atau lambat menyebabkan aliran tunai tunai untuk kegunaan sendiri atau syarikat terganggu dan seterusnya menyebabkan masalah kewangan memburuk.


1 - Melantik Broker Haram Yang Tidak Berdaftar

Pemilik hartanah yang berada di dalam keadaan tersepit, tanpa berfikir panjang akan melantik mana-mana orang untuk menguruskan penjualan, sewaan atau pajakan hartanah mereka tanpa mengetahui bahawa mereka sebenarnya terjebak ke dalam perangkap hartanah. Akhirnya mereka terlibat dengan broker-broker haram (individu yang tidak berdaftar dengan LPPEH) atau scammer yang sentiasa mengambil peluang atas kesusahan orang lain. Tindakan broker haram yang sering me “mark-up” harga jualan kerana sifat tamak untuk mendapatkan komisyen yang tinggi menyebabkan harga jualan hartanah menjadi tinggi. Harga jualan yang terlampau tinggi melebihi nilai pasaran menyebabkan hartanah menjadi lambat terjual dan seterusnya mendatangkan malapetaka kepada aliran tunai anda ataupun syarikat. Adalah penting untuk memastikan bahawa pemilik hartanah hanya melantik Perunding Hartanah yang berdaftar dengan LPPEH sahaja di dalam menguruskan penjualan, sewaan atau pajakan mereka.


2 - Harga Jualan Yang Salah

Lambakan (supply) hartanah yang begitu tinggi menyebabkan pembeli mempunyai banyak pilihan di dalam mencari hartanah yang mereka minati. Penetapan harga jualan yang salah oleh pemilik hartanah menyebabkan hartanah mereka menjadi tidak begitu menarik kepada pembeli. Jadi Perunding Hartanah yang berdaftar berperanan untuk memastikan bahawa pemilik hartanah akan diberikan khidmat nasihat atau konsultasi yang sewajarnya dari segi permintaan semasa di satu-satu kawasan, harga jualan terkini di kawasan tersebut dan harga pesaing terkini. Khidmat konsultasi ini akan membantu pemilik hartanah menetapkan harga jualan atau sewaan kepada satu harga yang sangat-sangat kompetitif dan menarik. Sekaligus mempercepatkan proses penjualan. Tidak semua Perunding Hartanah memiliki kemampuan untuk mendapatkan data ini dan seterusnya berkongsi data ini kepada pemilik hartanah. Tanpa data ini, pemilik hartanah tidak dapat membuat keputusan dengan tepat dan cepat. Perunding Hartanah Mohd Shah Dolah akan berkongsi maklumat ini untuk memastikan pemilik hartanah memiliki “visibility” dan ini boleh membantu mereka membuat keputusan yang lebih tepat.

organisasi-berdaftar-ejen-hartanah-mohd-shah-dolah-lembaga-penilai-pentaksir-ejen-hartanah-pengurus-harta-malaysia-landsworth-properties-malaysian-institute-of-estate-agent-miea


TESTIMONIAL

testimonial-ejen-hartanah-mohd-shah-dolah


SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH


skop-kerja-ejen-hartanah-mohd-shah-dolah



1 - Perunding Hartanah Melakukan Pemeriksaan Hartanah
Perunding Hartanah bertanggung jawab untuk melakukan pemeriksaan hartanah. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan bahawa segala kerosakan kecil atau besar dikenalpasti. Sekirannya pemilik hartanah berkemampuan untuk memperbaiki kerosakan yang ada ini akan mengurangkan kesan harga turun mendadak sekirannya berlaku tawar menawar dengan prospek pembeli.

2 -  Perunding Hartanah  Memaklumkan Perkembangan Hartanah Sekitar
Selain itu, Perunding Hartanah juga berperanan untuk mengikuti perkembangan semasa pasaran hartanah dan memaklumkan kepada pemilik sekiranya berlaku perubahan dari segi undang-undang hartanah dan situasi semasa yang boleh memberi kesan kepada jualan atau sewaan hartanah tersebut.

3 -  Perunding Hartanah  Menyediakan Pelan Pemasaran
Seterusnya, Perunding Hartanah akan menerangkan kepada pemilik berkenaan cadangan pelan pemasaran. Pelan pemasaran yang baik akan menyebabkan kesan sebaran yang meluas di semua medium atas talian atau luar talian dan seterusnya mempercepatkan proses penjualan.

4 -  Perunding Hartanah  Melakukan Pemasaran Hartanah
Setelah mencadangkan pelan pemasaran kepada pemilik, Perunding Hartanah seterunya akan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk memastikan bahawa iklan penjualan atau sewaan hartanah ini pergi tepat ke sasaran pembeli. Penyebaran luas iklan akan membantu untuk mendapatkan “lead” prospek yang berminat. Di peringkat ini Perunding Hartanah akan melakukan saringan dan semakan untuk memastikan bahawa prospek ini layak dari segi kemampuan kewangan dan bermotivasi tinggi. 

5 -  Perunding Hartanah  Menyemak Kelayakan Prospek
Proses penapisan “lead” ini akan menghasilkan prospek yang berkualiti tinggi. Seterusnya, Perunding Hartanah akan menjemput prospek yang berkualiti tinggi ini untuk datang melawat hartanah yang hendak dijual atau disewakan. Prospek yang telah disemak kelayakan kewangan mereka mempunyai peluang yang tinggi untuk meneruskan pembelian atau sewaan hartanah tersebut.

6 -  Perunding Hartanah  Melakukan Negosasi
Sekiranya prospek berminat untuk meneruskan pembelian atau sewaan, Perunding Hartanah akan melakukan negosiasi untuk memastikan bahawa pihak pembeli dan penjual akan mendapat tawaran harga yang “win-win situation”. Harga akhir hanya akan ditentukan oleh pihak penjual dan setelah mendapat persetujuan daripada pihak pembeli.

7 -  Perunding Hartanah  Menguruskan Jualan Hartanah
Akhir sekali, Perunding Hartanah berperanan untuk memudahkan proses pembelian atau penyewaan. Sekiranya harga pembelian telah dipersetujui, pihak Perunding Hartanah akan membantu prospek pembeli untuk menguruskan pinjaman dan mencadangkan lantikan peguam hartanah. Dengan bantuan Perunding Hartanah, proses akhir ini akan dapat di percepatkan dan seterusnya memberi kelegaan kepada pihak pemilik hartanah untuk mendapatkan duit baki jualan dalam tempoh yang segera.


PROSES PENJUALAN HARTANAH OLEH PERUNDING HARTANAH


proses-penjualan-hartanah-oleh-ejen-hartanah-mohd-shah-dolah


1 - Hubungi Perunding Hartanah Mohd Shah Dolah
Langkah seterusnya, sila berhubung dengan Perunding Hartanah Mohd Shah Dolah untuk mendapatkan konsultasi secara percuma. Ketika proses ini berlaku, Perunding Hartanah akan menerangkan tentang pasaran semasa di kawasan rumah anda, transaksi terkini dan cadangan harga yang bersesuaian berdasarkan dua faktor yang disebutkan tadi.

2 - Lantikan Perunding Hartanah
Setelah berlaku sessi konsultasi, pemilik hartanah akan melantik Perunding Hartanah untuk menjual hartanah ini. Pada ketika ini, Perunding Hartanah akan menerangkan tentang proses dan tanggungjawab Perunding Hartanah terhadap pemilik hartanah.

3 - Pemasaran Hartanah
Setelah berlaku lantikan, Perunding Hartanah akan melakukan proses pemasaran hartanah secara online, offline dan lain-lain kaedah yang dirasakan bersesuaian. Ini untuk memastikan penyebarluasan maklumat berkaitan hartanah yang hendak dijual ini kepada seramai mungkin prospek yang berpotensi.

4 - Mendapatkan Pembeli atau Penyewa
Setelah mendapat pembeli, Perunding Hartanah seterusnya akan menguruskan proses jualan. Ini termasuklah urusan pinjaman pembeli dan cadangan lantikan peguam hartanah. Ini untuk memastikan proses penjualan berjalan lancar sehingga ke akhirnya.

5 - Penyerah Milikan Kosong
Langkah terakhir adalah penyerahanan milikan kosong atau proses serah kunci kepada pemilik yang baru. Setelah kunci diserahkan, pemilik akan menerima baki wang jualan. Urusan ini akan dilakukan oleh peguam hartanah yang di lantik. Sementara menunggu proses serah kunci, pemilik hendaklah memastikan bayaran ansuran bulanan bank dilakukan seperti biasa. Hanya setelah dimaklumkan untuk berhenti membayar, barulah bayaran ansuran bulanan tersebut dihentikan.

JENIS HARTANAH YANG DIURUSKAN OLEH PERUNDING HARTANAH MOHD SHAH DOLAH

Perunding Hartanah Mohd Shah Dolah menguruskan penjualan, sewaan & pajakan hartanah mengikut kategori hartanah seperti yang berikut iaitu rumah, pangsapuri ataupun kondominium, rumah-rumah mewah seperti rumah berkembar atau banglo, tanah dan juga unit-unit komersil. Hubungi Perunding Hartanah Mohd Shah Dolah untuk langkah yang seterusnya.

jenis-hartanah-yang-di-jual-oleh-ejen-hartanah-mohd-shah-dolah

DAPATKAN KONSULTASI PERUNDING HARTANAH SECARA PERCUMA

Konsultasi secara percuma ini sangat penting untuk memastikan pemilik hartanah mendapatkan maklumat atau informasi yang sebenar berkenaan hartanah mereka. Sila isi borang di bawah untuk dapatkan slot temujanji anda.


konsultasi-percuma-oleh-ejen-hartanah-mohd-shah-dolah

cta-real-estate-agent-mohd-shah-dolah-pea3211