Akaun mohdshahdolah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Ejen Jual Rumah Berdaftar Mohd Shah Dolah - PEA 3211 - Landsworth Properties Sdn Bhd E(1)1959.

PEMILIK HARTANAH! ANDA PERLUKAN SEORANG EJEN JUAL RUMAH YANG TERLATIH, BERPENGALAMAN, FOKUS & DAN BOLEH DIPERCAYAI UNTUK MEMBANTU ANDA


PENGENALAN

Nama saya Mohd Shah Dolah . Saya merupakan Ejen Jual Rumah  berdaftar dengan Lembaga, Penilai, Pentaksir dan  Ejen Jual Rumah  Malaysia (LPPEH). No pendaftaran saya di Lembaga Penilai ialah PEA 3211. Saya merupakan salah seorang  Ejen Jual Rumah  di bawah pengurusan agensi Landsworth Properties Sdn Bhd yang juga berdaftar dengan LPPEH dengan menggunakan no pendaftaran E(1)1959. Saya telah terlibat di dalam industri hartanah ini semenjak dari tahun 2016 dan pekerjaan ini saya lakukan secara sepenuh masa, fokus, tekun dan dengan minat yang mendalam. Buat masa ini fokus aktiviti saya tertumpu di kawasan Sentul, Kuala Lumpur. 



MATLAMAT SAYA

  1. Membantu para pemilik hartanah untuk menjual , menyewakan atau memajak hartanah mereka.
  2. Mendapatkan prospek pembeli, penyewa atau pemajak yang bermotivasi tinggi , tulen , berkelayakan dari segi kewangan dan berkualiti tinggi .
  3. Membantu para pemilik hartanah untuk mendapatkan prospek pembeli, penyewa atau pemajak dalam masa yang singkat .
  4. Membantu para pemilik hartanah untuk mendapatkan nilai jualan atau sewaan yang tertinggi dan optimum tanpa merugikan mereka.
  5. Sentiasa telus dalam mengendalikan proses jualan, sewaan & pajakan untuk memastikan tatakelola yang baik dan adil bagi semua pihak yang terlibat.

MASALAH DI DALAM TRANSAKSI HARTANAH

Masalah ekonomi semasa terutamanya selepas pembukaan semula pasaran yang telah ditutup selama hampir 2 tahun menyebabkan berlaku banyak masalah dari segi kadar peningkatan pengangguran, penutupan banyak syarikat-syarikat swasta (SME) dan peningkatan masalah kewangan menyebabkan pasaran hartanah berada di dalam zaman kelembapan. Ini menyebabkan ramai pemilik hartanah berhadapan dengan masalah untuk menjual hartanah mereka. Kesan ini lebih buruk sekirannya penjualan hartanah yang gagal atau lambat menyebabkan aliran tunai tunai untuk kegunaan sendiri atau syarikat terganggu dan seterusnya menyebabkan masalah kewangan memburuk.


1 - Melantik Broker Haram Yang Tidak Berdaftar

Pemilik hartanah yang berada di dalam keadaan tersepit, tanpa berfikir panjang akan melantik mana-mana orang untuk menguruskan penjualan, sewaan atau pajakan hartanah mereka tanpa mengetahui bahawa mereka sebenarnya terjebak ke dalam perangkap hartanah. Akhirnya mereka terlibat dengan broker-broker haram (individu yang tidak berdaftar dengan LPPEH) atau scammer yang sentiasa mengambil peluang atas kesusahan orang lain. Tindakan broker haram yang sering me “mark-up” harga jualan kerana sifat tamak untuk mendapatkan komisyen yang tinggi menyebabkan harga jualan hartanah menjadi tinggi. Harga jualan yang terlampau tinggi melebihi nilai pasaran menyebabkan hartanah menjadi lambat terjual dan seterusnya mendatangkan malapetaka kepada aliran tunai anda ataupun syarikat. Adalah penting untuk memastikan bahawa pemilik hartanah hanya melantik Ejen Jual Rumah yang berdaftar dengan LPPEH sahaja di dalam menguruskan penjualan, sewaan atau pajakan mereka.


2 - Harga Jualan Yang Salah

Lambakan (supply) hartanah yang begitu tinggi menyebabkan pembeli mempunyai banyak pilihan di dalam mencari hartanah yang mereka minati. Penetapan harga jualan yang salah oleh pemilik hartanah menyebabkan hartanah mereka menjadi tidak begitu menarik kepada pembeli. Jadi Ejen Jual Rumah yang berdaftar berperanan untuk memastikan bahawa pemilik hartanah akan diberikan khidmat nasihat atau konsultasi yang sewajarnya dari segi permintaan semasa di satu-satu kawasan, harga jualan terkini di kawasan tersebut dan harga pesaing terkini. Khidmat konsultasi ini akan membantu pemilik hartanah menetapkan harga jualan atau sewaan kepada satu harga yang sangat-sangat kompetitif dan menarik. Sekaligus mempercepatkan proses penjualan. Tidak semua Ejen Jual Rumah memiliki kemampuan untuk mendapatkan data ini dan seterusnya berkongsi data ini kepada pemilik hartanah. Tanpa data ini, pemilik hartanah tidak dapat membuat keputusan dengan tepat dan cepat. Ejen Jual Rumah Mohd Shah Dolah akan berkongsi maklumat ini untuk memastikan pemilik hartanah memiliki “visibility” dan ini boleh membantu mereka membuat keputusan yang lebih tepat.

organisasi-berdaftar-ejen-hartanah-mohd-shah-dolah-lembaga-penilai-pentaksir-ejen-hartanah-pengurus-harta-malaysia-landsworth-properties-malaysian-institute-of-estate-agent-miea


TESTIMONIAL

testimonial-ejen-hartanah-mohd-shah-dolah


SKOP KERJA EJEN JUAL RUMAH


skop-kerja-ejen-hartanah-mohd-shah-dolah



1 - Ejen Jual Rumah Melakukan Pemeriksaan Hartanah
Ejen Jual Rumah bertanggung jawab untuk melakukan pemeriksaan hartanah. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan bahawa segala kerosakan kecil atau besar dikenalpasti. Sekirannya pemilik hartanah berkemampuan untuk memperbaiki kerosakan yang ada ini akan mengurangkan kesan harga turun mendadak sekirannya berlaku tawar menawar dengan prospek pembeli.

2 - Ejen Jual Rumah Memaklumkan Perkembangan Hartanah Sekitar
Selain itu, Ejen Jual Rumah juga berperanan untuk mengikuti perkembangan semasa pasaran hartanah dan memaklumkan kepada pemilik sekiranya berlaku perubahan dari segi undang-undang hartanah dan situasi semasa yang boleh memberi kesan kepada jualan atau sewaan hartanah tersebut.

3 - Ejen Jual Rumah Menyediakan Pelan Pemasaran
Seterusnya, Ejen Jual Rumah akan menerangkan kepada pemilik berkenaan cadangan pelan pemasaran. Pelan pemasaran yang baik akan menyebabkan kesan sebaran yang meluas di semua medium atas talian atau luar talian dan seterusnya mempercepatkan proses penjualan.

4 - Ejen Jual Rumah Melakukan Pemasaran Hartanah
Setelah mencadangkan pelan pemasaran kepada pemilik, Ejen Jual Rumah seterunya akan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk memastikan bahawa iklan penjualan atau sewaan hartanah ini pergi tepat ke sasaran pembeli. Penyebaran luas iklan akan membantu untuk mendapatkan “lead” prospek yang berminat. Di peringkat ini Ejen Jual Rumah akan melakukan saringan dan semakan untuk memastikan bahawa prospek ini layak dari segi kemampuan kewangan dan bermotivasi tinggi. 

5 - Ejen Jual Rumah Menyemak Kelayakan Prospek
Proses penapisan “lead” ini akan menghasilkan prospek yang berkualiti tinggi. Seterusnya, Ejen Jual Rumah akan menjemput prospek yang berkualiti tinggi ini untuk datang melawat hartanah yang hendak dijual atau disewakan. Prospek yang telah disemak kelayakan kewangan mereka mempunyai peluang yang tinggi untuk meneruskan pembelian atau sewaan hartanah tersebut.

6 - Ejen Jual Rumah Melakukan Negosasi
Sekiranya prospek berminat untuk meneruskan pembelian atau sewaan, Ejen Jual Rumah akan melakukan negosiasi untuk memastikan bahawa pihak pembeli dan penjual akan mendapat tawaran harga yang “win-win situation”. Harga akhir hanya akan ditentukan oleh pihak penjual dan setelah mendapat persetujuan daripada pihak pembeli.

7 - Ejen Jual Rumah Menguruskan Jualan Hartanah
Akhir sekali, Ejen Jual Rumah berperanan untuk memudahkan proses pembelian atau penyewaan. Sekiranya harga pembelian telah dipersetujui, pihak Ejen Jual Rumah akan membantu prospek pembeli untuk menguruskan pinjaman dan mencadangkan lantikan peguam hartanah. Dengan bantuan Ejen Jual Rumah, proses akhir ini akan dapat di percepatkan dan seterusnya memberi kelegaan kepada pihak pemilik hartanah untuk mendapatkan duit baki jualan dalam tempoh yang segera.


PROSES PENJUALAN HARTANAH OLEH EJEN JUAL RUMAH


proses-penjualan-hartanah-oleh-ejen-hartanah-mohd-shah-dolah


1 - Hubungi Ejen Jual Rumah Mohd Shah Dolah
Langkah seterusnya, sila berhubung dengan Ejen Jual Rumah Mohd Shah Dolah untuk mendapatkan konsultasi secara percuma. Ketika proses ini berlaku, Ejen Jual Rumah akan menerangkan tentang pasaran semasa di kawasan rumah anda, transaksi terkini dan cadangan harga yang bersesuaian berdasarkan dua faktor yang disebutkan tadi.

2 - Lantikan Ejen Jual Rumah
Setelah berlaku sessi konsultasi, pemilik hartanah akan melantik Ejen Jual Rumah untuk menjual hartanah ini. Pada ketika ini, Ejen Jual Rumah akan menerangkan tentang proses dan tanggungjawab Ejen Jual Rumah terhadap pemilik hartanah.

3 - Pemasaran Hartanah
Setelah berlaku lantikan, Ejen Jual Rumah akan melakukan proses pemasaran hartanah secara online, offline dan lain-lain kaedah yang dirasakan bersesuaian. Ini untuk memastikan penyebarluasan maklumat berkaitan hartanah yang hendak dijual ini kepada seramai mungkin prospek yang berpotensi.

4 - Mendapatkan Pembeli atau Penyewa
Setelah mendapat pembeli, Ejen Jual Rumah seterusnya akan menguruskan proses jualan. Ini termasuklah urusan pinjaman pembeli dan cadangan lantikan peguam hartanah. Ini untuk memastikan proses penjualan berjalan lancar sehingga ke akhirnya.

5 - Penyerah Milikan Kosong
Langkah terakhir adalah penyerahanan milikan kosong atau proses serah kunci kepada pemilik yang baru. Setelah kunci diserahkan, pemilik akan menerima baki wang jualan. Urusan ini akan dilakukan oleh peguam hartanah yang di lantik. Sementara menunggu proses serah kunci, pemilik hendaklah memastikan bayaran ansuran bulanan bank dilakukan seperti biasa. Hanya setelah dimaklumkan untuk berhenti membayar, barulah bayaran ansuran bulanan tersebut dihentikan.

JENIS HARTANAH YANG DIURUSKAN OLEH EJEN JUAL RUMAH MOHD SHAH DOLAH

Ejen Jual Rumah Mohd Shah Dolah menguruskan penjualan, sewaan & pajakan hartanah mengikut kategori hartanah seperti yang berikut iaitu rumah, pangsapuri ataupun kondominium, rumah-rumah mewah seperti rumah berkembar atau banglo, tanah dan juga unit-unit komersil. Hubungi Ejen Jual Rumah Mohd Shah Dolah untuk langkah yang seterusnya.

jenis-hartanah-yang-di-jual-oleh-ejen-hartanah-mohd-shah-dolah

DAPATKAN KONSULTASI EJEN JUAL RUMAH SECARA PERCUMA

Konsultasi secara percuma ini sangat penting untuk memastikan pemilik hartanah mendapatkan maklumat atau informasi yang sebenar berkenaan hartanah mereka. Sila isi borang di bawah untuk dapatkan slot temujanji anda.


konsultasi-percuma-oleh-ejen-hartanah-mohd-shah-dolah

cta-real-estate-agent-mohd-shah-dolah-pea3211