
PEMILIK HARTANAH! ANDA PERLUKAN SEORANG EJEN HARTANAH YANG TERLATIH, BERPENGALAMAN, FOKUS & DAN BOLEH
DIPERCAYAI
UNTUK MEMBANTU ANDA
PENGENALAN
Nama saya
Mohd Shah Dolah
. Saya merupakan Ejen Hartanah
berdaftar
dengan Lembaga, Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH). No pendaftaran saya di Lembaga Penilai ialah PEA 3211. Saya merupakan salah seorang Ejen Hartanah di bawah pengurusan agensi Landsworth Properties Sdn Bhd yang juga berdaftar dengan LPPEH dengan menggunakan no pendaftaran E(1)1959. Saya telah terlibat di dalam industri hartanah ini semenjak dari tahun 2016 dan pekerjaan ini saya lakukan secara sepenuh masa, fokus, tekun dan dengan minat yang mendalam. Buat masa ini fokus aktiviti saya tertumpu di kawasan Sentul, Kuala Lumpur.
MATLAMAT SAYA
- Membantu para pemilik hartanah untuk menjual , menyewakan atau memajak hartanah mereka.
- Mendapatkan prospek pembeli, penyewa atau pemajak yang bermotivasi tinggi , tulen , berkelayakan dari segi kewangan dan berkualiti tinggi .
- Membantu para pemilik hartanah untuk mendapatkan prospek pembeli, penyewa atau pemajak dalam masa yang singkat .
- Membantu para pemilik hartanah untuk mendapatkan nilai jualan atau sewaan yang tertinggi dan optimum tanpa merugikan mereka.
-
Sentiasa telus
dalam mengendalikan proses jualan, sewaan & pajakan untuk memastikan tatakelola yang baik dan adil bagi semua pihak yang terlibat.
MASALAH DI DALAM TRANSAKSI HARTANAH
Masalah ekonomi semasa terutamanya selepas pembukaan semula pasaran yang telah ditutup selama hampir 2 tahun menyebabkan berlaku banyak masalah dari segi kadar peningkatan pengangguran, penutupan banyak syarikat-syarikat swasta (SME) dan peningkatan masalah kewangan menyebabkan pasaran hartanah berada di dalam zaman kelembapan. Ini menyebabkan ramai pemilik hartanah berhadapan dengan masalah untuk menjual hartanah mereka. Kesan ini lebih buruk sekirannya penjualan hartanah yang gagal atau lambat menyebabkan aliran tunai tunai untuk kegunaan sendiri atau syarikat terganggu dan seterusnya menyebabkan masalah kewangan memburuk.
1 - Melantik Broker Haram Yang Tidak Berdaftar
Pemilik hartanah yang berada di dalam keadaan tersepit, tanpa berfikir panjang akan melantik mana-mana orang untuk menguruskan penjualan, sewaan atau pajakan hartanah mereka tanpa mengetahui bahawa mereka sebenarnya terjebak ke dalam perangkap hartanah. Akhirnya mereka terlibat dengan broker-broker haram (individu yang tidak berdaftar dengan LPPEH) atau scammer yang sentiasa mengambil peluang atas kesusahan orang lain. Tindakan broker haram yang sering me “mark-up” harga jualan kerana sifat tamak untuk mendapatkan komisyen yang tinggi menyebabkan harga jualan hartanah menjadi tinggi. Harga jualan yang terlampau tinggi melebihi nilai pasaran menyebabkan hartanah menjadi lambat terjual dan seterusnya mendatangkan malapetaka kepada aliran tunai anda ataupun syarikat. Adalah penting untuk memastikan bahawa pemilik hartanah hanya melantik Ejen Hartanah yang berdaftar dengan LPPEH sahaja di dalam menguruskan penjualan, sewaan atau pajakan mereka.
2 - Harga Jualan Yang Salah
Lambakan (supply) hartanah yang begitu tinggi menyebabkan pembeli mempunyai banyak pilihan di dalam mencari hartanah yang mereka minati. Penetapan harga jualan yang salah oleh pemilik hartanah menyebabkan hartanah mereka menjadi tidak begitu menarik kepada pembeli. Jadi Ejen Hartanah yang berdaftar berperanan untuk memastikan bahawa pemilik hartanah akan diberikan khidmat nasihat atau konsultasi yang sewajarnya dari segi permintaan semasa di satu-satu kawasan, harga jualan terkini di kawasan tersebut dan harga pesaing terkini. Khidmat konsultasi ini akan membantu pemilik hartanah menetapkan harga jualan atau sewaan kepada satu harga yang sangat-sangat kompetitif dan menarik. Sekaligus mempercepatkan proses penjualan. Tidak semua Ejen Hartanah memiliki kemampuan untuk mendapatkan data ini dan seterusnya berkongsi data ini kepada pemilik hartanah. Tanpa data ini, pemilik hartanah tidak dapat membuat keputusan dengan tepat dan cepat. Ejen Hartanah Mohd Shah Dolah akan berkongsi maklumat ini untuk memastikan pemilik hartanah memiliki “visibility” dan ini boleh membantu mereka membuat keputusan yang lebih tepat.
TESTIMONIAL
SKOP KERJA EJEN HARTANAH
2 - Ejen Hartanah Memaklumkan Perkembangan Hartanah Sekitar
3 - Ejen Hartanah Menyediakan Pelan Pemasaran
5 - Ejen Hartanah Menyemak Kelayakan Prospek
7 - Ejen Hartanah Menguruskan Jualan Hartanah
PROSES PENJUALAN HARTANAH OLEH EJEN HARTANAH
Langkah seterusnya, sila berhubung dengan Ejen Hartanah Mohd Shah Dolah untuk mendapatkan konsultasi secara percuma. Ketika proses ini berlaku, Ejen Hartanah akan menerangkan tentang pasaran semasa di kawasan rumah anda, transaksi terkini dan cadangan harga yang bersesuaian berdasarkan dua faktor yang disebutkan tadi.
4 - Mendapatkan Pembeli atau Penyewa
5 - Penyerah Milikan Kosong
Ejen Hartanah Mohd Shah Dolah menguruskan penjualan, sewaan & pajakan hartanah mengikut kategori hartanah seperti yang berikut iaitu rumah, pangsapuri ataupun kondominium, rumah-rumah mewah seperti rumah berkembar atau banglo, tanah dan juga unit-unit komersil. Hubungi Ejen Hartanah Mohd Shah Dolah untuk langkah yang seterusnya.