Ejen Hartanah Berdaftar Mohd Shah Dolah - PEA 3211 - Landsworth Properties Sdn Bhd E(1)1959

EJEN HARTANAH INI AKAN MEMASTIKAN RUMAH ANDA TERJUAL DALAM MASA 90 HARI, SEKIRANYA GAGAL ANDA TIDAK PERLU MEMBAYAR KOMISEN AGENSI


MATLAMAT SAYA

  1. Membantu para pemilik hartanah untuk   menjual ,  menyewakan   atau  memajak   hartanah mereka.
  2. Mendapatkan  prospek pembeli, penyewa atau pemajak  yang bermotivasi tinggi,  genuine,  berkelayakan dari segi kewangan.
  3. Membantu para pemilik hartanah untuk  mendapatkan  prospek  pembeli, penyewa atau pemajak  dalam masa yang singkat.
  4. Membantu para pemilik hartanah untuk  mendapatkan nilai jualan atau sewaan  yang tertinggi dan optimum tanpa merugikan mereka.
  5. Sentiasa telus dalam mengendalikan proses jualan, sewaan & pajakan untuk memastikan tatakelola yang baik dan adil bagi semua pihak yang terlibat.


DAPATKAN KONSULTASI EJEN HARTANAH SEKARANG


Konsultasi ini sangat penting untuk memastikan pemilik hartanah mendapatkan maklumat atau informasi yang sebenar berkenaan hartanah mereka. Sila isi borang di bawah untuk dapatkan slot temujanji anda.

CTA-Konsultasi-Mohd-Shah-Dolah
























TENTANG SAYA - MOHD SHAH DOLAH 

    Hi! Nama saya Mohd Shah Bin Dolah, dan saya merupakan seorang Ejen Hartanah (PEA 3211) berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Malaysia. Saya seorang yang penuh semangat, intuitif, dan berorientasikan pelanggan, dengan misi tunggal untuk menjadikan pasaran hartanah menyeronokkan, menarik, dan lancar bagi semua pihak yang terlibat. Sebagai seorang profesional yang berdedikasi di Landsworth Properties Sdn Bhd E(1)1959, saya mempunyai latar belakang yang luas dalam industri ini dan telah memahami sepenuhnya proses membeli, menjual, menyewa, lelongan, rundingan, pemasaran dan pembangunan tanah (land development) yang menjamin pengalaman positif untuk setiap pelanggan saya.

    Lahir pada tahun 1980 di Petaling Jaya, Selangor, saya sentiasa berusaha untuk memberikan impak yang positif kepada setiap individu dan persekitaran saya. Saya mempunyai komitmen, ketekunan, dan etika kerja yang kuat yang ditanamkan sejak saya muda, dan itu menjadi pemacu bagi saya untuk mendapatkan Diploma dalam Multimedia dan Business Computing dari Universiti Malaysia Sarawak pada tahun 2000, Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Information System dari Universiti Teknologi Petronas pada tahun 2004, dan Sijil PPKM pada tahun 2005. Selain itu, saya telah menghabiskan lebih satu dekad bekerja di Jabatan Kewangan untuk industri Perbankan Malaysia (2005-2015). Saya sebelum ini memegang jawatan pengurusan, analisis, dan pemasaran kewangan di bank-bank ternama. Kemudian, pada tahun 2016, saya memutuskan untuk mengubah haluan dan mengikuti minat saya dalam industri hartanah. Saya menjadi seorang ejen hartanah yang memenangi anugerah dan tidak pernah melihat ke belakang sejak itu. Pada tahun 2021 saya telah memperolehi Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) dan seterusnya pada tahun 2023 saya telah meneruskan proses pembelajaran di dalam bidang Sarjana (Master) Pentadbiran & Pembangunan Tanah daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

    Dengan pendidikan, pengalaman, dan rekod kejayaan yang terbukti berjaya, saya mengetahui bagaimana untuk berinteraksi dengan orang dari pelbagai lapisan masyarakat untuk memberi sokongan yang mereka perlukan untuk berjaya sebelum, semasa, dan selepas proses transaksi mereka. Dari pelaksanaan dan memahami keperluan undang-undang hingga berunding dengan pihak-pihak berkepentingan dalam keadaan pemasaran semasa, anda juga boleh yakin bahawa transaksi anda berada di tangan ejen hartanah yang terbaik. Selain itu, walaupun perjalanan ini boleh menjadi sangat mengujakan, saya juga sedar akan tekanan dalam membuat keputusan kewangan ini. Oleh itu, saya telah menganggap diri saya bukan hanya sebagai ejen rundingan tetapi juga sebagai mentor, konsultan, dan rakan sepanjang perjalanan. Matlamat saya adalah untuk memberi akses pengetahuan kepada pelanggan dengan maklumat yang mendalam, pengetahuan, dan pandangan agar mereka dapat membuat keputusan terbaik untuk diri mereka dan masa depan mereka.

    Tidak ada yang membuat saya lebih gembira daripada dapat membantu setiap pemilik hartanah mendapatkan pembeli yang bermotivasi tinggi dan berkemampuan dari segi kewangan untuk meneruskan proses penjualan sehingga proses serah kunci. Tunggu apa lagi? Hubungi saya sekarang.




    Real-Estate-Agent-Mohd-Shah-Dolah-PEA-3211

    Real-Estate-Agent-Mohd-Shah-Dolah-PEA-3211-Organisasi


    SKOP KERJA EJEN HARTANAH

    Ejen-Hartanah-Mohd Shah-Dolah-Skop-Kerja-Ejen-Hartanah


    1 - Ejen Hartanah Melakukan Pemeriksaan Hartanah
    Ejen Hartanah bertanggung jawab untuk melakukan pemeriksaan hartanah. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan bahawa segala kerosakan kecil atau besar dikenalpasti. Sekirannya pemilik hartanah berkemampuan untuk memperbaiki kerosakan yang ada ini akan mengurangkan kesan harga turun mendadak sekirannya berlaku tawar menawar dengan prospek pembeli.

    2 - Ejen Hartanah Memaklumkan Perkembangan Hartanah Sekitar
    Selain itu, Ejen Hartanah juga berperanan untuk mengikuti perkembangan semasa pasaran hartanah dan memaklumkan kepada pemilik sekiranya berlaku perubahan dari segi undang-undang hartanah dan situasi semasa yang boleh memberi kesan kepada jualan atau sewaan hartanah tersebut.

    3 - Ejen Hartanah Menyediakan Pelan Pemasaran
    Seterusnya, Ejen Hartanah akan menerangkan kepada pemilik berkenaan cadangan pelan pemasaran. Pelan pemasaran yang baik akan menyebabkan kesan sebaran yang meluas di semua medium atas talian atau luar talian dan seterusnya mempercepatkan proses penjualan.

    4 - Ejen Hartanah Melakukan Pemasaran Hartanah
    Setelah mencadangkan pelan pemasaran kepada pemilik, Ejen Hartanah seterunya akan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk memastikan bahawa iklan penjualan atau sewaan hartanah ini pergi tepat ke sasaran pembeli. Penyebaran luas iklan akan membantu untuk mendapatkan “lead” prospek yang berminat. Di peringkat ini Ejen Hartanah akan melakukan saringan dan semakan untuk memastikan bahawa prospek ini layak dari segi kemampuan kewangan dan bermotivasi tinggi. 

    5 - Ejen Hartanah Menyemak Kelayakan Prospek
    Proses penapisan “lead” ini akan menghasilkan prospek yang berkualiti tinggi. Seterusnya, Ejen Hartanah akan menjemput prospek yang berkualiti tinggi ini untuk datang melawat hartanah yang hendak dijual atau disewakan. Prospek yang telah disemak kelayakan kewangan mereka mempunyai peluang yang tinggi untuk meneruskan pembelian atau sewaan hartanah tersebut.

    6 - Ejen Hartanah Melakukan Negosasi
    Sekiranya prospek berminat untuk meneruskan pembelian atau sewaan, Ejen Hartanah akan melakukan negosiasi untuk memastikan bahawa pihak pembeli dan penjual akan mendapat tawaran harga yang “win-win situation”. Harga akhir hanya akan ditentukan oleh pihak penjual dan setelah mendapat persetujuan daripada pihak pembeli.

    7 - Ejen Hartanah Menguruskan Jualan Hartanah
    Akhir sekali, Ejen Hartanah berperanan untuk memudahkan proses pembelian atau penyewaan. Sekiranya harga pembelian telah dipersetujui, pihak Ejen Hartanah akan membantu prospek pembeli untuk menguruskan pinjaman dan mencadangkan lantikan peguam hartanah. Dengan bantuan Ejen Hartanah, proses akhir ini akan dapat di percepatkan dan seterusnya memberi kelegaan kepada pihak pemilik hartanah untuk mendapatkan duit baki jualan dalam tempoh yang segera.

    FI AGENSI HARTANAH

    Seperti Yang Telah Di Tetapkan Oleh Akta  242, Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta Di Dalam Jadual Ke Tujuh (Peraturan 48) untuk proses jual dan beli untuk hartanah dari jenis tanah dan bangunan (Fi maksimum ialah 3% tidak termasuk kadar SST). Manakala untuk sewaan pula bergantung kepada tempoh masa sewaan. Sila rujuk jadual di bawah.


    Fi-Ejen-Hartanah-Mohd-Shah-Dolah-PEA-3211

    Fi-Sewaan-dan-Pajakan-Ejen-Hartanah-Mohd-Shah-Dolah

    JENIS HARTANAH YANG DIURUSKAN OLEH EJEN HARTANAH MOHD SHAH DOLAH

    Ejen Hartanah Mohd Shah Dolah menguruskan penjualan, sewaan & pajakan hartanah mengikut kategori hartanah seperti yang berikut iaitu rumah, pangsapuri ataupun kondominium, rumah-rumah mewah seperti rumah berkembar atau banglo, tanah dan juga unit-unit komersil. Hubungi Ejen Hartanah Mohd Shah Dolah untuk langkah yang seterusnya.

    Jenis-Hartanah-yang-di-uruskan-oleh-Ejen-Hartanah-Mohd-Shah-Dolah